بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Mata memerhati.
Otak melilau mencari erti.
Hati masih begitu.
Diam. Dan sepi.
5 tahun pergi dari blogging. Kembali dengan diri yang lain.
Lalu bertanya, siapakah aku yang sebenar.
5 tahun yang seolah pejam celik berlaku. Jadi.
Kadang,
Tertanya diri.
Apa matlamat diri.
Apa keinginan paling hakiki atau bahasa mudah--kau nak jadi apa sebenarnya?
Oh. Ya. Bergerak aku ke arah dua diploma dalam 5 tahun ini. Bakal misi(?)--sebab dah hampir dua tahun survive(?).
Sungguh--medical line bukan jiwa aku. Menangis?--kawan sejati :)
Cuma satu,
'masukla. Nanti sakit boleh tolong jaga.'
Dan aku,
"sudahlah hisap rokok tuuuuu?!! Bahayalah hisap rokok. Dan bebelan mengenai kesihatan bersambung.
Teringat masa hari pertama daftar kolej ni. Menangis di dakapan abang yang selalu aku gaduh--bercakaran. Ah. Tak macho langsung. Tapi itulah. Tangisan tu berlangsung dan bersambung pada setiap semester. SETIAP. S E T I A P.
Dan setiap kali itu, mak ulang.
'adik, ko dah doploh++'
Dan aku,
"umur tu usialah makkkk"
Terus menangis.
Allahu.
Jadual dekat sini, bukan macam zaman u. Berpuluh kali aku cerita--moga kalau kau org yg sama membaca takjemu untuk tahu lagi.
Takapalah. Sikit je lagi.
Sebenarnya,
Seronok jugak belajar pasal manusia. Tapi tulah, tak seronok kerja dengan manusia. Aherherher
Benda paling meleleh air mata jantan. Eh.
Bila tengok warga tua ditinggal anak seorang diri di rumah sakit.
Bayang lah, warga tua tadi habis masa bela kita waktu kecik. Basuh berak, bagi susu tanpa jemu. Mentiba, dah tua kena tinggal. Alasannya--orang tua tadi MENYUSAHKAN!
Ah. Jatuh lagi air mata jantan.
Belum masuk part menyaksikan saat nazak seseorang. Tak menarik pun. Cuma, terlupa jugak dah sarung baju putih mana boleh menangis sekali. Haih. Itulah.
Minggu ni osce. Atau bahasa mudah--exam praktikal. Minggu lagi sekali final.
Moga baik-baik sahaja.
Doa untuk aku, boleh?