بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

'YOU, you alone, will have the stars as no one else has them'
text dari nombor yang tidak diketahui masuk.
'Allah, siapa pulak ni?' hati Amni berbisik. malas benar dia melayan nombor yang tak dikenali, lalu mesej itu diabaikan.
keesokannya,
'ehhhh?' mulut Amni sedikit melopong melihat jumlah bunga yang ada di hadapan pintu rumahnya.
'aduhhh..kerja sapa pulak ni??'
bunga-bunga itu lalu disedekahkan kepada jiran tetangga memandangkan dirinya bukanlah penggemar bunga.
seminggu berlalu,
'tokkk..tokkk..tokkkkk'
'posto cik, posto'
Amni bergerak agak malas.
'tandatangan sini cik' beritahu encik posmen.
dibuka balutan hadiah tak diundang itu. coklat! dan surat.
ya, surat cinta. bosan seketika mata kantuk Amni melihat.
***
eh. dah dah. kang masuk sesi jiwang, jenuh awak semua muntah. eh ada ke orang nak baca ni? sobss
cerita di atas cuma rekaan. bukan cerpen hatta novel pun bukan. *geleng-geleng kepala*. ia cuma sedikit cerita yang saya reka untuk menunjukkan bahawasanya MANUSIA INI KREATIF!
sungguh! kita semuaaaaa kreatif! sungguh kreatif!
'ehh..apa ni kreatif-kreatif? aku lukis pun tak heti!' mungkin bebelan awak yang tengah membaca.
eh, saya tak cakap isu KREATIF awak hanya terikat pada SENI MELUKIS!
saya bercakap soal hati awak ye? hati yang kecik tu. :')
Allahurobbi..
setiap daripada kita punya hati punya perasaan punya jiwa.
setiap daripada kita sangat kreatif apabila tibanya musim jatuh cinta.
Allah..
seseorang itu bisa bertukar daripada tak suka bergaya kepada suka bergaya.
seseorang itu bisa bertukar daripada berhati keras kepada hati berpuitis.
tetapi sayang...
kita hanya aplikasikan cinta itu kepada dia. ya, dia yang bernama insan.
kecewanya hati melihat saat awak menutur bicara tentang Rabb tetapi diri sendiri hanyut dengan cinta yang tak halal!
APA YANG KITA LAKUKAN APABILA BIBIR MENGATA CINTA?????
manusia= pakai cantik-cantik
Allah= pakai biasa-biasa sebab dalam hati ingat Allah terima kita seadanya.
manusia= pakai wangi-wangian biar si dia suka
Allah= alah, janji takde najis dah boleh solat.
manusia= pakai shawl tu cantik-cantik sikit. lilit sana, lilit sini kasi si dia bangga ada makwe cam kite.
Allah= hentam p lah, nanti aku pakai telekung jugak.
manusia= g spa, g saloon nak bagi si dia suka
Allah= tak pelah, tak baik membazir.
manusia= ubah diri dari free hair ke tak free hair
Allah= seru tak sampai lagi.
Allah..:'(
sayangnya..sayangnya..sayangnya..:'(
CINTA ITU MILIK DIA sohabat.
kenapa dengan Allah, kita abaikan segala-galanya? kenapa dengan manusia kita boleh pakai lawa-lawa. sanggup g kedai topup malam-malam hanya kerana dia? kalau kerana Dia? tahajud? kenapa taknak bangun menghadap Dia?
for what we've been borned in this world? untuk apa sahabat? untuk ENJOYkah? untuk ikut nafsukah??
kita lahir di dunia dengan tugas di bahu.
atas alasan, 'ahh aku muda lagi, nanti aku tobatlah!'
di akhirat sana, apa yang bakal kita jawab untuk setiap amal kita di usia muda???!!
Ya Allah, jujur saya cakap, saya malu untuk lihat pemudi bangga dengan cinta yang tak halal. cinta yang Agung dia abaikan! setelah putus di tengah jalan, tergapai-gapai baru mencari cinta Dia. kemudian, dia lakukan sekali lagi perbuatan maksiat. Allah..:'( apa guna awak bertaubat kalau awak tak sungguh-sungguh dalam taubat awak? :'(
islam itu terlalu mudah sahabat. tidak perlu membina apa-apa untuk disembah sekadar tadah tangan dan berdoa kepada Dia.
malulah sahabat, jika awak sanggup berhabis duit kerana cinta si dia. sedang cinta Dia awak lupa!
malulah sahabat, jika adab dan sunnah Rasulullah awak tinggal, awak ikut budaya barat! bahkan budaya barat menjadi kiblat kehidupan! astaghfirullah..
sahabat, tidak sedihkah kalian melihat pengorbanan Rasulullah berjuang demi ummatnya?
tidak sedihkah kita apabila nikmat cinta Allah kita tukarkan dengan cinta palsu si dia? Allah..:'(
bangkitlah sahabat, ubahlah diri kita! bukan sesiapa yang bakal merubah diri kita bahkan diri kita sendiri! :'(

*maaf, akaun fb sy di-deactive bt seketika. langkah disusun bagi menjaga hati. Allah..:'(*
Assalamualaikum.