May 21, 2012

ianya kan tetap berlangsung. insya Allah :')

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم





waktu itu seperti biasa, tik tok tik tok..masih bergerak riang tatkala bumi bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Allahu..lama jari ini tidak menari-nari melukis kata hati. diam menyepi bukan tanda tiada. ada sahaja saya di sisi 'burung biru' tu. :)

seorang pelajar-->seorang pekerja-->seorang pelajar

ya, ia berputar di situ jua. mungkin takkan pernah berhenti.




Allahu..saat ini, entahlah apa yang dirasa. 
cuak, gembira, sedih, takut, hmmm semuanya bertembung dan tak mahu mengalah. bergaduh sesama sendiri. Allah..:'(


27 MEI, saat itu usah ditanya ke mana saya pergi. usah dicari-cari ke mana saya menghilang. saat rofiqah dua org tu daftar IIC saya menghilang agak lama. 12 hari, insya Allah. :')

buku lama itu HARUS ditutup! buku lama itu HARUS dibuang jauh-jauh. dan buku lama itu HARUS dihapuskan serta merta! kalaulah menghapus masa silam yang menghantui diri itu semudah memadam kesilapan tulisan di dada helaian kertas. atau semudah menaip kemudian memadamnya dgn butang backspace. kalaulah..:'(


dan buku baru itu wajar dibuka! sudahlah masa lalu. pergilah dikau. :'(

roh baru harus segar bertenaga. muslimah itu kena kuat bukan? :')


mungkin hilangnya membawa pembaharuan? mungkin hilangnya membawa sinar harapan? Allahu..
moga aku tidak kecewakan ummi dan abi lagi. dan moga takdir itu aku terima dgn redha dan pasrah. ameen..:')

entah mengapa, tulisan saya kerap kali keluarnya yg berpuitis. yang bersastera. jiwa yg dalam minta difahami, mungkinkah? maaf bagi yang naik muntah dengan ayat sastera saya. aduhaii..sudilah kiranya butang (X) di hujung tab ditekan. :')


esok 1 rejab bukan? ayuh puasa semua? :')
dalam hati tak sabar menanti 27 mei. pohon kemaafan jika saya pernah buat hati kalian terluka. dan redhakan setiap langkah saya ye awok? :')
insya Allah moga kita ketemu di lain lembaran. insya Allah insya Allah. doakan saya ok awok semua? :')

assalamualaikum.

May 8, 2012

titik kejayaan.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم




alhamdulillah, masih mampu untuk diri ini terus sujud kepada Yang Esa. :')
alhamdulillah, masih mampu jari ini mengukir cinta dalam diari dakwahnya. :')
alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang kian bertambah. :')
alhamdulillah, DIA masih sudi kenang diri yang hina ini. :')


"patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"-Surah Al-'Ankabut ayat 2.

dari keputusan SPM dikeluarkan, air mata tak lekang mengalir hinggalah ke saat menerima keputusan UPU, IPG, MATRIK, dll. Allahu..:')
senyumlah wahai hati yang terluka. 

dugaan itu sungguh tanda DIA ingat.


tak semestinya kita pilih A, Allah nak bg A. sebab DIA Maha Mengetahui maka DIA boleh ja nak bagi B atau C. :')


oklah, kalau fikir-fikir tak dapat mana-mana bukan satu tiket kegagalan atau point kegagalan sebab titik kegagalan itulah bermulanya KEJAYAAN. :')

mungkin kita tak suka apa yang kita dapat harini esok lusa mcmmna?

lihat surah Al-Baqarah ayat 216:"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


la tahzan, innallahama'ana duhai sohabat. :')

jangan bersedih. redhalah dengan dugaan ini.

TETAPI,
ingat ye, jangan disebabkan kamu tak memperolehi kejayaan tahun ini, maka senang lagi suka kamu untuk bersangka buruk kepada Allah!
siapa kita untuk fikir macamtu kpd Pencipta kita?


ayuh, bagitahu hati masing-masing:

HE KNOW WHAT IS THE BEST FOR US! :')

jadi tersenyumlah dalam kepahitan. :')



jangan dikenang-kenang benda yang lepas. mulakan hidup baru ok kawan? : )

UIA, mu tunggula kawe! k peace! :D

oh ya, ustaz saya cakap kejayaan itu pastikan kita ketemu cuma bila masanya kita tak tahu. mungkin harini bukan rezeki kita, mungkin esok lusa. salah satu punca kita gagal mungkin datang dari diri sendiri. kifarah dosa lalu mungkin? boleh jadi DIA mahu menguji keimanan kita. boleh jadi sebab diri selalu melukai hati org lain. jadi berjaga-jagalah. :')
apa-apa pun selamat berjuang sahabat walau dimana kita berada niatlah kita belajar kerana Allah. : )

assalamualaikum.