Jul 28, 2012

ramadhan. :')

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم




alhamdulillah.. masih celik aku memandang tinta buruk ini. sunyi. mata menyorong pada history post. aduhaii.. satu post je aku buat? ye, nampak sangat aku bukan aku yang dulu. yang rajin menaip. yang...hmm abaikan.


alhamdulillah..dah seminggu kita berpuasa. :')
masih belum terlambat kan aku nak cakap, SELAMAT BERPUASA AWAK! :')


sadisnya bila kita lihat puasa itu cuma menahan lapar jua dahaga. apakah itu kiranya amalan kita diterima padahal mulut tidak terjaga, hati tidak terjaga? :'(
misal kata, kita pekerja. di sebuah restoran. ya umum. mungkinkah bos kita mahu bagi kita lebih banyak bonus padahal kita hanya tahu mengambil pesan sahaja? cuba kita buat juga kerja lain, pasti dia beri lebih banyak bonus di hujung bulan.

itulah juga cerita ramadhan yg baharu saja tiba ni. ya, anggap saja ia teman jauh. jauh dari tmpt anda. lalu, pd awalnya, anda menumpukan sepenuh perhatian pada ia. tp apabila terdgr kata syawal iaitu jiran sebelah mahu menjenguk. anda mulai leka. persiapan menerima tetamu syawal itu lebih banyak drpd menyambut ramadhan, teman anda dr jauh. padahal ramadhan itu tinggalnya sebulan di rumah anda, manakala syawal itu cuma sehari berada di rumah anda. sesuai kata menjengah.
sayang bukan? bayangkan jika ramadhan itu dirai dgn pelbagai 'makanan'(ibadah) pastilah buah tangan yg plg berharga diberi kpd kita.
ya seperti mana kita pergi ke rumah teman2 kita yg lain. jika dilayan bagus2 pasti diberi cenderahati atau wang ringgit kpd anak2 teman kita itu. samalah juga dgn ramadhan. ia bakal hadiahkan lailatul qadar kpd kita. :')


lebih sayang jika kita bersungguh2 melakukan ibadah di bulan puasa ttpi bulan biasa ibadah itu ditinggalkan. :'( seolah bulan biasa itu tidak perlukan ibadah2 yg seperti di bulan ramadhan. lupakah kita bahawa ramadhan itu jua bulan tarbiyyah? bulan yg mendidik diri untuk lebih maju dlm beribdh? :'(



usah begitu teman. bersemangatlah. bersungguhlah dalam beribadah.
biar kita tersenyum puas saat syawal hadir.


jaga hati, jaga iman, jaga diri.
assalamualaikum.

Jul 17, 2012

a short break



بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم



hmm.. lama blog ini dibiar sepi tanpa sebarang ukiran kata hati. penat. penat untuk beritahu umum bahawa aku penat. dgn segala kerenah tanpa disedari ada yg hadapi ujian yg lebih teruk dari diri hina ini. Allahu..:'(


ramadhan kunjung tiba. Allahu..pesta ibadah bagi org beriman. 

tadi bukak blog seorang budak yang dah meninggal dunia. hmm.. rasa macam segala urat tersentak. segala neuron, atom-atom, ion-ion, molekul-molekul habis bergaduh sendiri. takut. bukan kerana aku cintakan dunia, tapi takut jika ajal itu hadir tatkala aku belum cukup bekalannya. Allahu. :'( :'(


hujung tahun ada peperiksaan akhir sem. hmm.. dgn segala kekusutan konflik drama yg berlaku, aku tak pasti aku sedia atau belum. it just, i dont like this kind of situation.


keadaan iman turun naik.


insya Allah, aku boleh.
stpm 4 principle. :')

kena ubah segala mcm dlm blog berhabuk phewphew ni. aduhaii..saya malas, awak tolong edit boleh? :'(