Aug 17, 2012

imma tougher girl!



بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم





dan sekali lagi, alhamdulillah. dah habis bulan ramadhan dah pun. rasanya aku hanya buat 3 post dalam bulan barakah ni. *kot* pertama ucap salam ramadhan. kedua, di saat aku stress tgh2 bulan. dan akhir skli yang ni. yg lagha sila abaikan. 


*blog idola dijengah* 


*air mata dah kering nak nangis walau lagu dalam blog dia sedih*


perbualan dgn shbt terimbas....


*kau nak tau kenapa org tak kisah sgt kalau tengok kau marah-marah, merajuk apa semua?*


*o.o*


*masa kau merajuk, marah bibir kau ada pernah membentak dari hulurkan senyuman? ada kau buat moody dlm kelas? kau happy-go-lucky punya org. so, bila tiba masa kau sedih diorg mcm xkisah sgt sbb diorg tau kau tu mcm ok*


*senyum*


*k lah, 'macam' okay. walaupun aku tau kau tak okay. hati kau bergelodak gegila*


hmmmm.. kawan aku bgtau aku pasai ni. yeah, imma tougher girl.
aku cuba melukis kekuatan walau aku tau aku sedang merangkak menuju 'hospital'. kau faham? tak. k, anggap je kau faham.



muka buku aku sekali lagi di'MATI'kan. dan yeah, im struggle berdoa gegila moga kau mati sampai bebila! tp burung biru, aku xsggp nk deactve. baby blue(nokia c3) bt hal. ada hikmahnya. blackberry aku pun xlama lagi akan disedekahkan pd kakak aku. k, biaqla aku ketinggalan dalam teknologi sbb melalui teknologi ni, hidup aku jadi tak betoi. yeah, salah kan org. suka ati ah!



aku gadis berjilbab yg punya perasaan. bukan hardcore selalu, tp pohon diberi perhatian selalu. aku tau, aku tak layak dpt perhatian dr sspa. 


dahla, jangan cari aku.


im leaving~ doakan aku weh.


Aug 4, 2012

bukalah mindamu duhai shbt, jika benar kamu menyintai!

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


alhamdulillah, masih bergerak jugak jari ini menari-nari mengisi segala kata hati biarpun keadaan selalu xmengizinkan. 


masih adakah pembaca blog usang ini?

kadang hati tertanya-tanya. aku melihat jua memerhati. insan-insan yang tidak bersyukur bahkan diri aku jua pernah dan terkdg masuk dalam golongan itu. :'( astaghfirullahal'azim..:'(

'jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..'-petikan dr ayat 34, surah Ibrahim.


masa kelas agama berlangsung, mata aku terpndg pd ayat ini. ya, berkait rapat dgn kita. jika dihitung, sejuta kali jua smpai mati kita takkan pernah dpt menghitung nikmat Allah yg tak terhitung ini. :'(

aku lihat ada insan yang mahu cantik. sentiasa. aku lihat ada insan yang mahu dipuja. sentiasa. :'( istilah cantik yang menjadi 'tuhan' kpd mereka ini mmbuat mereka tidak waras! tidak waras untuk menghargai, mensyukuri setiap nikmat yang ada. :'(


gerakanlah hati duhai sahabat, jika nikmat melihatmu ditarik lalu diganti dgn kecantikan yg kau inginkan, MASIHKAH KAU TERASA BAHAGIA SEBEGITU RUPA?

Allahu.. DIA hadirkan kecantikan itu kerana mahu menduga. sejauh mana kamu melarikan diri dr fitnah. sejauh mana kamu menjaga kecantikan dirimu kerana Ilahi.


aku juga ada melihat, insan lain yg tidak melihat dugaan itu satu medium cinta Ilahi. ttpi melihat dugaan itu satu beban yg tak terpikul. masih terbyg, msih terdgr video seorang pelajar bermimpi bertemu Rasulullah.

http://youtu.be/OCwmbMlVykA

bagaimana aku menangis mengenang diri yg hina ini jika diusik hanya secebis dr kesakitan sudah mulai gelabah. :'(





masalah itu bukan bebanan duhai muslimah syg. kerana bebanan itu menguatkn dirimu dgn tali Ilahi. pegangilah ia dan usah pernah kau lepaskan. 

'tidak ada satu musibah pun yg menimpa seseorg dgn izin Allah..'-petikan dr surah at-Taghabun ayat 11.


pndanglah ke hdpn. cubaan itu kerana DIA menyayangi. bkn menderai. :'(

mungkin di kala dahulu,

'alhamdulillah' itu cuma sebaris ayat yg dituturkan kerana memperolehi kebahagiaan. ayuh muslimah, majukan langkahmu!

katakan alhamdulillah! gemakan ia dalam dirimu!


Alhamdulillah kerana Allah masih sudi menguji!
Alhamdulillah kerana Allah masih sudi memperingati!
Alhamdulillah kerana Allah masih sudi merindui...

insan yg penuh hina, jua dosa ini.

Allahu..


jaga diri, hati jua imaan shbt.
assalamualaikum