Mar 20, 2012

insya Allah, yakin duhai hati, yakin! :')

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Allahu Allah.. bibir terasa lesu, terkunci. hati jua jantung penat berlari-lari. 

di kala ini, diri terdiam. rindu mungkin? aduh..parah.
'si dia' yang berada dalam genggaman pemeriksa sudah dipulangkan dan bakal dipulangkan kepada calon SPM 2011. Allah..:'(

sungguh, wajah mendung tanda tidak suka. risau.

mampukah anak ini menunaikan hasrat si umi?




kadang-kadang kita hanya kenal sejadah serta telekung saat susah. saat senang DIA kita lupakan. Allah..:'(
kemudian dengan mudah, mulut berbicara celupar. celupar mempersoalkan Keagungan Allah! siapa kita untuk meneka untuk memastikan apa yg terjadi pada masa hadapan?

kelakarnya,
ada juga insan yang beria-ria bertemu Allah kerana inginkan keputusan cemerlang. tetapi malang, tindakannya terlalu lambat. Allah telah rencana sesuatu yg lebih baik lalu dia berputus asa dengan Keagungan Allah. 

'Allah taknak kabulkan doa aku, malasla aku'

astaghfirullahal'azim..:'(

antum semua,
siapa kita untuk berbuat sedemikian? serve us right bila hanya bertemu dengan Dia saat susah!



'eh, kau tahu apa? kau tak rasa tak apalah!'

tolong, tolong fahami!

saya juga insan biasa.
mulut senang untuk berbicara, entah hati ini kuat atau tidak untuk menampung dugaan itu. 
Allahu, cuma, ayuhlah..buang kesedihan itu jauh-jauh.

ingat baik-baik, ALLAH ada rancangan yang jauuuhhhhhhhhhhhhh lebih baik daripada ini. insya Allah!
yakin dengan takdir Allah. 


ada satu peristiwa yang saya kira sangat berharga buat diri yg kerdil ini.

ceritanya begini,
lepas SPM biasalah kan, semua org nak cari kerja nak simpan masuk universiti. lepas tu sahabat saya, A dia beritahu saya, dia nak kerja dekat dot dot dot sdn.bhd(bukan kilang). kemudian dia pun pergilah interview. dipendekkan cerita, antara 3 orang yang pergi hanya dia sahaja yang tak dapat. kecewa bukan kepalang. tapi dia usaha tabahkan hati, mintak tempat lain. malang, satu pun dia tak dapat. 
sungguh, dua minggu lepas tu dia dapat panggilan daripada sahabat kakaknya sendiri, tawaran kerja yang alhamdulillah, biarpun gaji tak seberapa tetapi kerjanya sangat mudah. :')
sudahlah kerjanya mudah, syariat terjaga. solat bisa dilakukan awal waktu, Quran bisa dibaca bila-bila waktu. Allah..saat itu, sungguh dia terpana dengan hadiah Allah. sungguh, itu terbaik buat dirinya.

***

biarpun ceritanya pendek, tetapi saya lihat cerita sahabat saya benar-benar mengejutkan diri yang kerdil ini. betapa Agung kuasa Allah. sungguh, rancangan Dia lebih baik daripada apa yang kita pinta!

jadi antum semua, usah bersedih sekiranya keputusan yg bakal diperolehi esok kurang memuaskan, ingatlah, antum dah berusaha bersungguh-sungguh. jadi insya Allah, keputusannya baik2 sahaja. :')

memang benar, saya yang menaip picisan ini masih berusaha untuk terus menjadi tabah. insya Allah.. yakin pada takdir Allah. mungkin spm tak bagus, STPM BAGUS?! haa~ fikir positif dan bangun semula selepas ini!


saya mohon keampunan sekiranya saya pernah menghiris hati antum semua. moga-moga result kita elok2 belaka 94's. insya Allah..doakan kejayaan saya. :')
sebenarnya, sambil menaip ini saya sedang berusaha menasihati hati ini. 
subhanallah, alhamdulillah, laillaha illallah.
subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'azim.

zikir dan terus zikir. assalamualaikum