Oct 30, 2018

5tahun

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم

Mata memerhati.
Otak melilau mencari erti.
Hati masih begitu.
Diam. Dan sepi.

5 tahun pergi dari blogging. Kembali dengan diri yang lain.
Lalu bertanya, siapakah aku yang sebenar.

5 tahun yang seolah pejam celik berlaku. Jadi.


Kadang,
Tertanya diri.

Apa matlamat diri.
Apa keinginan paling hakiki atau bahasa mudah--kau nak jadi apa sebenarnya?

Oh. Ya. Bergerak aku ke arah dua diploma dalam 5 tahun ini. Bakal misi(?)--sebab dah hampir dua tahun survive(?).
Sungguh--medical line bukan jiwa aku. Menangis?--kawan sejati :)


Cuma satu,

'masukla. Nanti sakit boleh tolong jaga.'

Dan aku,
"sudahlah hisap rokok tuuuuu?!! Bahayalah hisap rokok. Dan bebelan mengenai kesihatan bersambung.


Teringat masa hari pertama daftar kolej ni. Menangis di dakapan abang yang selalu aku gaduh--bercakaran. Ah. Tak macho langsung. Tapi itulah. Tangisan tu berlangsung dan bersambung pada setiap semester. SETIAP. S E T I A P.

Dan setiap kali itu, mak ulang.

'adik, ko dah doploh++'

Dan aku,
"umur tu usialah makkkk"
Terus menangis.


Allahu.

Jadual dekat sini, bukan macam zaman u. Berpuluh kali aku cerita--moga kalau kau org yg sama membaca takjemu untuk tahu lagi.

Takapalah. Sikit je lagi.


Sebenarnya,
Seronok jugak belajar pasal manusia. Tapi tulah, tak seronok kerja dengan manusia. Aherherher

Benda paling meleleh air mata jantan. Eh.
Bila tengok warga tua ditinggal anak seorang diri di rumah sakit.
Bayang lah, warga tua tadi habis masa bela kita waktu kecik. Basuh berak, bagi susu tanpa jemu. Mentiba, dah tua kena tinggal. Alasannya--orang tua tadi MENYUSAHKAN!
Ah. Jatuh lagi air mata jantan.

Belum masuk part menyaksikan saat nazak seseorang. Tak menarik pun. Cuma, terlupa jugak dah sarung baju putih mana boleh menangis sekali. Haih. Itulah.


Minggu ni osce. Atau bahasa mudah--exam praktikal. Minggu lagi sekali final.

Moga baik-baik sahaja.
Doa untuk aku, boleh?

Nov 7, 2013

lihat yg bold itu.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
 
 
 
 
 
winds blow. between you and me. even we're far away, we're still in the same roof aite? :')
 
 
dah berzaman tinggal blog. diam menyepi. bukan jari ini tak menari-nari. cuma, seperti waktunya, ia menari separuh jalan, mencari kembali apa tujuan isi ditulis. entah. diam. lalu, backspace jadi sasaran.
 
 
life is a journey. nk balance kan journey tu, keep on moving. walau sukar. walau pahit. walau perit.
 
penat untuk rasa kehilangan.
penat untuk rasa kecewa lagi.
penat untuk menangis.
penat untuk berpuisi bagai, lagi.
penat untuk cakap diri, 'move on. move on ah.' atau sekadar ckp, 'diri. enough.' atau 'koya a, lembik-lembik cenggini.'
 
siapa aku nak pilih dugaan bagai?
 
abdullah.
hamba Allah.
 
tahu, pegang, tulis. tapi, aplikasinya? ada? tidak. *tunduk*
 
 
 
dalam twitter. rabak. gempak nasihat berterabur. time diri sendiri jatuh. macam takde iman ke kau. sigh.
 
 
 
kdg2,
org itu diam.
org itu membisu.
org itu senyap bicaranya. atau pendek bicara.
bukan kerana sombong.
 
tapi lebih kpd mencari balik apa niatnya hidup.
atau sekurangnya imbangkan balik nakhoda yg tgh dikemudi.
 
 
tahun 1434 Hijrah,
langkah yg penuh onak.
 
 
 
 
 
 
dijudge.
dimalukan.
dipndg enteng.
ditinggalkan.
 
itu tahun lalu.
1435 hadir, maka 1434 pergi. bukan? :')
 
 
 
'cerita' ini, sepatutnya, masuk dalam diari. manual book untuk terus berjuang. sekadar meluahkan. cuma, pagi ini. hati jadi lembik lagi. mengadu. siapa yg dgr? baliknya Allah juga. bukan.
 
 
ah. shame on me.
'asiff jiddan, bg hati yg terluka. 'asiff jiddan yg letak expectation yg tinggi pd diri. 'asiff jiddan, bg shbt di atas jaringan ukhuwah. 'asiff jiddan, kerana kecewakan.
 
 
 
perlu masa. untuk berlari lagi.
 
 
 
 
assalamualaikum

Apr 23, 2013

m e r a p u

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم



*staring*

fuhh fuhhh..belambak rupanya cerita-cerita sedih yg terpapar dalam blog ni. mmg jarang update, tp sekali update blog penuh dgn ayat *nangis* *pergi*. urgh. muka masalahkah aku? haha

teringat pesanan akak seorang yg sentiasa dirindui tu.

'blog tu bukan tempat luahan hati. semua mata membaca, bakal menjadi saksi di akhirat sana. cukuplah akak menyebar segala cerita peribadi akak dulu. cukuplah.'

dang! menusuk masuk dlm hati sampai tulang sum sum. urmmm.... salah satu sebab aku xupdate cerita gembira, walhal jika dibilang. terlalu banyakkkk. lain org, lain pendapat, lain cara. mgkn ada yg rasa ok nak share semua cerita dia. terpulang. tiada salahpun.

aku bebel banyak-banyak pun tahu, bknnya ada org nak baca. sebab tu aku berani merapu-raban dkt sini! ohoiii! :p

rindu bertandang pd si dia burung biru. ahh..susah betul nk lepaskan. tuelah org cakap. mujahadah ni sukar. nk jihad lawan nafsu. mmg sukar. tp bi iznillah..DIA ada. sentiasa tolong. :')

cuti dua bulan. ada sedih. gembira. terluka. seribu satu perasaan. urmm.. tp heaven nya, bila dikelilingi buku-buku yg berkurun beli guna baucer tp xbc2 lg. plg sadis, tinggal buku khalifah-khalifah yg benar dkt hostel sbb dia montel sgt nk sumbat dlm beg xceluih. huhu TT________TT






hbiskan dua buku ni dlm msa 3 hari. rasanya 2 hari setengah ja. tp xpa, kita bundarkan eh? :p
serius best. mu xcayo, mu g beli la. :D


sekarang tgh otw hbskan cinta high class karangan fatimah syarha. lahaii..shame on me. buku tu dh berkurun dh aku beli. tp bru kalut nk baca loni. hahaa tp buku tu byk info. masya Allah..:')

urm.. lepaih ni..murabbi cinta. ewahh! *dancing* 

banyak benor buku cinta aku. msa guna baucer tu mmg berderet buku cinta aku. tp cinta para nabi, islamik. jgn dok salah faham lak. igt aku tengah angau kepe? -..-

sebenarnya, nk ckp. sejauh mana pun org lain melangkah. berjaya dia tahap mana pun. xperlulah nk compare. *ayat penyedap diri pasai aku start nk compare kejayaan org dgn kejayaan aku dah! wakaka*

lain org lainlah cara Allah bg rezeki.

mgkn rezeki aku dkt sini kot. *Senyum*

mcm biasa. entri merapu ni. aku xtaula kalau2 ada gak yg terbc entri merapu ni. maaplah, buang masa hampa. :p


adiyoos! assalamualaikum




Apr 17, 2013

'asiff jiddan.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم




lama dah menyepi. pergi tinggalkan betul-betul dunia blogging. menulis, tanpa hala. tanpa niat. penuh ruang draft. separuh. semuanya tak punya penghujung cerita.
  kembali lagi hari ini. 17 haribulan. cukup setahun burung biru aku. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. :')

rasa mcm nk menangis. tinggalkan burung biru. deactived. sakit. perit. tapi itu sebaiknya. 


'tinggalkanlah sesuatu kerana Allah, dan jangan tinggalkan Allah kerana sesuatu.'


Allah tak kejam. 
*senyum*
DIA punya rahsia kenapa jd begini, begitu.
*tunduk*


aku, punya seribu satu cerita, berlegar-legar di dlm fikiran. tp tak terluah.


sedih. sangat. tapi, mampukah aku tolak takdir ni? tak! sbb aku cuma hamba Allah. hamba DIA! 

cuti dua bulan. dua bulan dkt rumah. kolej okay. U okay. kawan-kawan okay. aku? biarlah Allah yg tentukan. 


dah banyak kata-kata yg terlontar. dah banyak kata-kata yg menghiris perasaan. dah banyak perbuatan yg menyakitkan. dah banyak benda teruji. Allah. :'(

aku selalu lalai. leka, tak lihat apa hikmah yg ada. tajdid niat. tajdid niat. bisa terlontar kata2 itu. tp jujurnya, kau lakukankah? 
Allah.. Allah..

aku tak tahu mcmmna nk cakap. mcmmna aku nak mulakan.


cuma aku,

dr hati yg penuh debu ni pohon keampunan dr setiap mata yg memandang. ada seorang lg aku hutang maaf. tp aku xtahu mcmmna nk contact. 'asiff jiddan sahabat. 'asiff. :'( 

muslimahkah aku jika tingkah laku, adab, perilaku lgsg xterjga? biar dia hmpir sebaya dgn aku. biar siapa pun dia, mmbw imej islam kah aku? Allah Allah..:'(



akhi wa ukhti,

'asiff jiddan.




mmg hidup bkn ditentukan dgn mulut manusia, ttpi dgn mulut manusia yg mengata-mengutuk inilah jua cara untuk mengubah diri aku! 

*nangis*

Mar 29, 2013

lima huruf

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم






siapa pun aku. biarkan aku terus melangkah. pergi. lima patah perkataan itu setia di bibir. selalu. sentiasa. 

tadi, seketika memori semalam menjengah. betapa aku cuba lari. sejauhnya dari 'itu' dan 'ini' ttpi tetap ia hadir. pernah seketika bermimpi, berangan-angan untuk hidup seperti dlm tulisan novel terkenal. yg penuh dgn kekayaan, kemudahan dlm kejayaan, yg akhirnya bertemu cinta sejati. heh. itu fantasi. kembali kepada dunia realiti. aku cuma aku.


final exam dah start pun. ahad ni final bio. peminat tegar bio. tp skrg hilang mood nak study bio. dan akhirnya berlari ke laman chintaa hati yg kurang org ada. suka. :')


lembaran diari hati terbuka satu persatu. tetapi sentuhan antara aku dan sejadah itu tmpt mengadu. org lain tak faham.


*tunduk*



bagaimana rasa kalau kau cuma ada kau dan DIA. sekeliling kau cuma ada habuk. mentaliti dikuasai. entah. tiada ukhuwah sekuat dulu yg aku alami. entah siapa kawan, siapa lawan. kosong. pergilah. 


tunduk. tutup mata. buang segala-galanya. bangun. hilang segala-galanya. senyum. bangkit semula. melangkahlah diri.





















biarlah ia kekal privasi.

Mar 23, 2013

hati

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم





mencuri masa. menghadap kembali tempat yg berusang ini. lama benar aku tinggalkan ia. hmm..


mata memandang jauh. 28 ni ada orang pulang. dari mesir. 
dan 28 ni aku start final. *tunduk*


wajah yg selalu tersenyum selalunya tak menggambarkan hatinya. ia makan dalam. tp Allah ada. DIA jaga. jangan risau. :')


awak, jaga diri. 
awak, jaga imaan.
awak, jaga hati.



kalau dah namanya jodoh, takkan ke mana.
dgn siapa? usah soal. 'dia' itu jua akan tiba kpd kalian.




dan moga saat itu aku sudah sedia.



*senyum*

Jan 11, 2013

pergi. atau meninggalkan.


 السلام عليكم




alhamdulillah.. alhamdulillah. alhamdulillah 'ala kulli haal..:')


dunia islam itu seolah terpancar di bumi uitm perlis ini. dunia islam itu seolah bangkit biarpun perlahan di sini. dunia islam itu seolah kian mekar di sini.
biar aku tahu, mujahid yg ada kurang kuantitinya. para mujahidah lebih menunjukkan taringnya bila disua dengan perkataan jihad ini. tapi, bi iznillah! Allah kan lorongkan satu persatu hidayah ke dalam hati-hati mujahid yg ada. mereka kan suatu masa nanti memimpin para mawar berduri, berjihad menegakkan islam. insya Allah! :')



aku tak pernah alami bagaimana org lain alami. khususnya para muslimin. ego mereka, maaf. terlalu tinggi. dan jika mahu me-reverse untuk menjadi baik itu seolah sukar. seolah meruntuhkan setinggi langit ego mereka. Allah Allah :'(


aku tahu, diri ini belum cukup sempurna. belum cukup solehah untuk membahaskan itu ini. mana mungkin seorang hamba yg terkadang leka, yg penuh dgn dosa ini mampu mengubah dunia dgn sekelip mata?
ya, pernah dgr bukan? jika mahu mengubah dunia, ubahlah diri kamu sendiri. soalnya, berjayakah aku dgn persoalan pertama itu? :'(


jika diperkatakan soal cemburu dengan wanita cantik. sungguh, mgkn secubit cuma. ttpi aku lebih lagi cemburukan muslimah solehah dlm dunia ini. biarlah dikatakan tidak cantik pada rupa mereka, ttpi akhlak mereka sggh jauh lebih cantik shgga memperlihatkan yg cantik sahaja di mataku. Allahu..:(


aku pergi meninggalkan laman diari on9 bersebab. aku cuba pergi meninggalkan laman biru itu juga bersebab. moga dgn kesibukan yg ada, Allah halang aku dr mendekati laman2 ini. hati ini tidak seteguh dulu. hati ini mengejek bicara kata. hati ini..ahh.. penuh debu dosa. 


aku, mungkin jauh. tetapi dekat di dalam tautan doa.
moga Allah redha. ampunkan setiap kesalahan yg aku telah lakukan dlm keadaan sedar jua tidak. 

wa ilal liqo', assalamualaikum. 

Dec 28, 2012

#Dearfriends

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم








jumaat terakhir tahun 2012. menuju era 2013 itu sukar. keluhan kecil terpaksa dilepaskan. perlahan. melihat masa yg bergerak sungguh, begitu laju meninggalkan kita. aku, kelak menjangkau 19 tahun. apa sudah ku lakukan untuk ummah? sepi.


kenangan. 

setiap minit itu punya kenangan yg tersendiri. 






2013. aku tidak bersama mereka lagi. 





2013. aku melangkah pergi...




2013. hati menjadi sepi. mereka xtahu. cuma aku dan Allah yg tahu.




2013. tiada lagi maskot jagung. :')





2013. aku berpisah demi 'mereka'.



ukhuwah terbina. aku tahu aku, mereka, dan mereka kian jauh. sepi.

dunia aku sudah berlainan dgn mereka. sgt berbeda. shgga kdg2, x, selalunya aku lupa untuk bertanya khabar dn sebagainya. kawan apa aku ini? :'(



Allah menjadi saksi betapa aku menyayangi kelas ini. kelas yg menyingkap seribu satu kenangan yg xkn pernah aku lupa. yg mengajar aku erti sahabat sejati. yg mendidik aku untuk berkomunikasi melalui hati. 


mampukah selain mereka ini membuat aku tersenyum? :'(


tidak ada. nokhtah.



sahabat, 

jika esok aku sudah tiada, kirimkan doa setulus hatimu buat diri ku ya?

sahabat,

jika esok aku pergi, jgn pernah lupakan aku ya?

sahabat,

satu perkara yg aku mahu kau tahu.
kau, sahabat yg terbaik yg pernah aku ada.
dan maka bertuah lah sesiapa sahaja yg mempunyai teman seperti dirimu.

sahabat,

salam perjuangan dr insan kerdil yg merindui kalian.
jgn berhenti melangkah biarpun kau lelah mahu rebah. jangan!


jaga diri, iman jua hati sahabat sekalian. biar kalian jauh, tetapi ttp dekat di hatiku. dan mgkn utusan ini xkn pernah kau baca, ketahuilah aku tetap merindui kalian. sgt. :'(


Nov 8, 2012

sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم




6 bulan. aku kenal mereka. pahit manis, perang dingin, terasa hati, kecewa, benci, terluka, happy, sedih, makan dalam dan sebagainya, aku lalui dgn mereka. jatuh bangun aku, mereka ada. biar kami berlainan watak, tetapi tetap, ukhuwah itu mampu terjalin. kan huda, azira, basyirah?



sahabat,

aku mintak maaf, sebab dalam 6 bulan, aku tak mampu jadi kawan yg baik. tak mampu nak beri hadiah kenangan yg plg manis untuk dikenang. sungguh, aku zalim. pergi tanpa pesanan. itu menyakitkan kan? tp lebih menyakitkan org yg menanggung semua ini seorang diri dari org yg tak tahu ceritanya bagaimana. aku mintak maaf. aku mintak maaf. aku mintak maaf. kali terakhir. itu terakhir sungguh. 

aku tak pinta ukhuwah kita terhenti di sini. tak pernah pohon ukhuwah diputuskan setelah 6 bulan pahit manis, susah senang aku ada dgn hampa. tak pernah. mgkn di dunia tak bersama, mana tahu di akhirat? atau kan bertemu di lain lembaran?

aku pohon satu.
jgn pernah lupakan aku. itu saja.

Sep 2, 2012

entah

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم





alhamdulillah... masih bersinar-sinar mata aku 'jaga'. memerhati blog yg usang. post yg lapuk. dah tinggal kenangan. itulah masa laluku.


aku lihat keliling aku. mereka ketawa. aku lihat kiri kananku. mereka sibuk dengan senyuman masing-masing. dan aku? aku masih lagi tunduk membisu. sekadar membiarkan masa berlalu. 15 hari lagi, 17 SEPTEMBER. kalau terus aku biarkan, ia kan tinggal sebulan jari ini tidak menari-nari.
sebenarnya, bilangan post naik. mcm biasa. dan mcm biasa jgk, ia masuk ke kotak save. sggh, tiada niat mahu publish. maaf. 


mcm gambar atas tu.
sggh, aku...
hmm..aku tak tahu... bagaimana pndgn org lain trhdp aku. buruk kah? baik kah?

dan jika baik, ketahuilah. ada sebahagian diriku yg belum kau temui. :'(
dan jika buruk, alhamdulillah, kerana kau masih sudi menerima lalu memimpin aku untuk terus mnjd hamba DIA.


kdg2 aku tertanya2, knp aku menangis? kerana dugaan yg hadir. aku tidak redha kah? tidak, aku redha insya Allah. ttpi, aku menangis kerana aku lemah. lembik. aku xkuat hadirkan diri yg kuat untuk bangun semula.

pdhl, di luar sana jauhh lebih ramai insan yg dihadirkan dugaan yg lebih besar dr aku. tp aku xsedar ttg tu.
aku xsedar hikmah yg terjd.
mmg perit. tp itulah ubat untuk menemui cinta sejati milik Pencipta.

aku bukan solehah. ttpi cuba menjd solehah.
aku bukan sahabat yg baik. ttpi aku cuba mnjd sahabat yg baik.


kadang, Allah hadirkan dugaan sbb DIA tahu kau kuat.
*kau dh xde statement lain ke hana? -..-*


hmm.. sebab kau kuat, kau muscle girl *cewahh* maka dugaan kau berat.
usah ulang ayat xkuat walhal DIA tahu kau kuat.

cukup, tutup mulut kau!


maaf, aku masih keliru. *tunduk*

assalamualaikum

Aug 17, 2012

imma tougher girl!



بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم





dan sekali lagi, alhamdulillah. dah habis bulan ramadhan dah pun. rasanya aku hanya buat 3 post dalam bulan barakah ni. *kot* pertama ucap salam ramadhan. kedua, di saat aku stress tgh2 bulan. dan akhir skli yang ni. yg lagha sila abaikan. 


*blog idola dijengah* 


*air mata dah kering nak nangis walau lagu dalam blog dia sedih*


perbualan dgn shbt terimbas....


*kau nak tau kenapa org tak kisah sgt kalau tengok kau marah-marah, merajuk apa semua?*


*o.o*


*masa kau merajuk, marah bibir kau ada pernah membentak dari hulurkan senyuman? ada kau buat moody dlm kelas? kau happy-go-lucky punya org. so, bila tiba masa kau sedih diorg mcm xkisah sgt sbb diorg tau kau tu mcm ok*


*senyum*


*k lah, 'macam' okay. walaupun aku tau kau tak okay. hati kau bergelodak gegila*


hmmmm.. kawan aku bgtau aku pasai ni. yeah, imma tougher girl.
aku cuba melukis kekuatan walau aku tau aku sedang merangkak menuju 'hospital'. kau faham? tak. k, anggap je kau faham.



muka buku aku sekali lagi di'MATI'kan. dan yeah, im struggle berdoa gegila moga kau mati sampai bebila! tp burung biru, aku xsggp nk deactve. baby blue(nokia c3) bt hal. ada hikmahnya. blackberry aku pun xlama lagi akan disedekahkan pd kakak aku. k, biaqla aku ketinggalan dalam teknologi sbb melalui teknologi ni, hidup aku jadi tak betoi. yeah, salah kan org. suka ati ah!



aku gadis berjilbab yg punya perasaan. bukan hardcore selalu, tp pohon diberi perhatian selalu. aku tau, aku tak layak dpt perhatian dr sspa. 


dahla, jangan cari aku.


im leaving~ doakan aku weh.


Aug 4, 2012

bukalah mindamu duhai shbt, jika benar kamu menyintai!

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


alhamdulillah, masih bergerak jugak jari ini menari-nari mengisi segala kata hati biarpun keadaan selalu xmengizinkan. 


masih adakah pembaca blog usang ini?

kadang hati tertanya-tanya. aku melihat jua memerhati. insan-insan yang tidak bersyukur bahkan diri aku jua pernah dan terkdg masuk dalam golongan itu. :'( astaghfirullahal'azim..:'(

'jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..'-petikan dr ayat 34, surah Ibrahim.


masa kelas agama berlangsung, mata aku terpndg pd ayat ini. ya, berkait rapat dgn kita. jika dihitung, sejuta kali jua smpai mati kita takkan pernah dpt menghitung nikmat Allah yg tak terhitung ini. :'(

aku lihat ada insan yang mahu cantik. sentiasa. aku lihat ada insan yang mahu dipuja. sentiasa. :'( istilah cantik yang menjadi 'tuhan' kpd mereka ini mmbuat mereka tidak waras! tidak waras untuk menghargai, mensyukuri setiap nikmat yang ada. :'(


gerakanlah hati duhai sahabat, jika nikmat melihatmu ditarik lalu diganti dgn kecantikan yg kau inginkan, MASIHKAH KAU TERASA BAHAGIA SEBEGITU RUPA?

Allahu.. DIA hadirkan kecantikan itu kerana mahu menduga. sejauh mana kamu melarikan diri dr fitnah. sejauh mana kamu menjaga kecantikan dirimu kerana Ilahi.


aku juga ada melihat, insan lain yg tidak melihat dugaan itu satu medium cinta Ilahi. ttpi melihat dugaan itu satu beban yg tak terpikul. masih terbyg, msih terdgr video seorang pelajar bermimpi bertemu Rasulullah.

http://youtu.be/OCwmbMlVykA

bagaimana aku menangis mengenang diri yg hina ini jika diusik hanya secebis dr kesakitan sudah mulai gelabah. :'(





masalah itu bukan bebanan duhai muslimah syg. kerana bebanan itu menguatkn dirimu dgn tali Ilahi. pegangilah ia dan usah pernah kau lepaskan. 

'tidak ada satu musibah pun yg menimpa seseorg dgn izin Allah..'-petikan dr surah at-Taghabun ayat 11.


pndanglah ke hdpn. cubaan itu kerana DIA menyayangi. bkn menderai. :'(

mungkin di kala dahulu,

'alhamdulillah' itu cuma sebaris ayat yg dituturkan kerana memperolehi kebahagiaan. ayuh muslimah, majukan langkahmu!

katakan alhamdulillah! gemakan ia dalam dirimu!


Alhamdulillah kerana Allah masih sudi menguji!
Alhamdulillah kerana Allah masih sudi memperingati!
Alhamdulillah kerana Allah masih sudi merindui...

insan yg penuh hina, jua dosa ini.

Allahu..


jaga diri, hati jua imaan shbt.
assalamualaikum

Jul 28, 2012

ramadhan. :')

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم




alhamdulillah.. masih celik aku memandang tinta buruk ini. sunyi. mata menyorong pada history post. aduhaii.. satu post je aku buat? ye, nampak sangat aku bukan aku yang dulu. yang rajin menaip. yang...hmm abaikan.


alhamdulillah..dah seminggu kita berpuasa. :')
masih belum terlambat kan aku nak cakap, SELAMAT BERPUASA AWAK! :')


sadisnya bila kita lihat puasa itu cuma menahan lapar jua dahaga. apakah itu kiranya amalan kita diterima padahal mulut tidak terjaga, hati tidak terjaga? :'(
misal kata, kita pekerja. di sebuah restoran. ya umum. mungkinkah bos kita mahu bagi kita lebih banyak bonus padahal kita hanya tahu mengambil pesan sahaja? cuba kita buat juga kerja lain, pasti dia beri lebih banyak bonus di hujung bulan.

itulah juga cerita ramadhan yg baharu saja tiba ni. ya, anggap saja ia teman jauh. jauh dari tmpt anda. lalu, pd awalnya, anda menumpukan sepenuh perhatian pada ia. tp apabila terdgr kata syawal iaitu jiran sebelah mahu menjenguk. anda mulai leka. persiapan menerima tetamu syawal itu lebih banyak drpd menyambut ramadhan, teman anda dr jauh. padahal ramadhan itu tinggalnya sebulan di rumah anda, manakala syawal itu cuma sehari berada di rumah anda. sesuai kata menjengah.
sayang bukan? bayangkan jika ramadhan itu dirai dgn pelbagai 'makanan'(ibadah) pastilah buah tangan yg plg berharga diberi kpd kita.
ya seperti mana kita pergi ke rumah teman2 kita yg lain. jika dilayan bagus2 pasti diberi cenderahati atau wang ringgit kpd anak2 teman kita itu. samalah juga dgn ramadhan. ia bakal hadiahkan lailatul qadar kpd kita. :')


lebih sayang jika kita bersungguh2 melakukan ibadah di bulan puasa ttpi bulan biasa ibadah itu ditinggalkan. :'( seolah bulan biasa itu tidak perlukan ibadah2 yg seperti di bulan ramadhan. lupakah kita bahawa ramadhan itu jua bulan tarbiyyah? bulan yg mendidik diri untuk lebih maju dlm beribdh? :'(



usah begitu teman. bersemangatlah. bersungguhlah dalam beribadah.
biar kita tersenyum puas saat syawal hadir.


jaga hati, jaga iman, jaga diri.
assalamualaikum.