Jan 29, 2012

cincin dijari tanda diikat, tapi akal lupa akan hakikat!


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



*cough*
bikin kontroversi je ni. 


cincin dihulur tanda diikat.
cincin diberi tanda berpunya.
cincin itu mungkin kecil, namun itu tanda milik siapakah diri.

Allah..

SAYA SUDAH BERTUNANG.

dan,





ANDA JUA BEGITU.
kita semua sudah bertunang.


cuma masanya majlis 'akad nikah' berlangsung belum diketahui.
saat itu kan tetap berlangsung.
dengan majlis gilang-gemilang,
wangian kapur barus mengharumi diri. 
kain kapan putih menyelebungi diri.
tanah serta pasir peneman diri.
Allah..

ia kan tetap hadir.





tapi kita TAK SEDAR!
TAK SEDAR, kita ini cuma hamba yang begitu KERDIL!
dikira hebat apabila punya ribuaan ringgit di dalam poket.
dikira bergaya apabila kereta-kereta mewah menjadi pengangkutan.
dikira habis leleh para wanita saat muka macho terpampang di sudut ruang.
dikira habis stylo apabila wajah ayu ditatap para lelaki ajnabi.

Allah..:'(

lupakah kita saat bumi itu bergerak, itu TANDANYA dia TAAT kepada Allah Yang Maha Satu!
matahari terpancar kehangatan setiap masa, itu TANDANYA dia PATUH perintah Allah!

tetapi kita????

setiap masa Allah ada dengan kita.
biarpun dikira urat darah di leher cukup dekat dengan kita, namun Allah lebih dekaaaaaatttt jaraknya dengan kita! subhanallah! 
seringkali kita lupa pada Dia.
seringkali kehidupan diwarna-warnikan dengan perbuatan sia-sia.
tetapi Dia?
Dia sabar menanti sejernih hati untuk datang menghadap kepada Dia.
bahkan Dia bonuskan kekuatan fizikal, kecerdasan mental kepada kita!
tetapi kita??
pernah kita cuba untuk mengingati Dia setiap masa???

ini idak, jika dikatakan punya pakwe/makwe, wajah itu saja yang menghiasi mata!
Allah..:'(

MALULAH PADA DIA! 
kerana Dia pemberi rasa itu!

MALULAH PADA DIRI SENDIRI!
kerana kita berdusta pada janji yang ditabur tika solat!

MALULAH PADA RASULULLAH!
kerana mmg benar apa yg dikatakan baginda! akan dtg di akhir zaman, umat baginda terlalu ramai tetapi semuanya diibaratkan seperti buih di lautan. TIDAK BERGUNA!
ALLAHUROBBI!


justeru itu,
cek balik hati
cek balik iman
cek balik diri

APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK AGAMA KITA HARI INI?
APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK DIA?

:'(

assalamualaikum