Jan 12, 2012

niat seorang blogger.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




secebis peringatan buat muslimin dan muslimat di luar sana. apakah sebenarnya tujuan kita membuka sebuah akaun dunia siber?

Allah.. saya lihat, terlalu banyak newbie dalam dunia blogger ini. tidak salah untuk menjadi sebahagian pengguna laman blogger. menaip perihal peribadi itu yang salah bagi pandangan saya. iyalah, kadang-kadang kita menaip dengan emosi yang tertentu. kadang, mungkin terselit secebis kutukan atau hinaan terhadap orang yang menyakiti kita. 

jangan hairan, saya juga begitu dahulu. menaip sesuka hati, langsung tidak fikir akan 'penglihatan' Allah dan para malaikat yang setia melihat perbuatan kita.

apabila kita sibuk menaip, meluahkan perasaan di dada blogger. segalanya tercurah dengan emosi yang tak terkawal. Allah lihat itu. sedihnya apabila bukan Dia kita letak pergantungan diri kita, kehidupan kita. lebih bangga atau lebih puas menaip di dada blogger ini. 
PERSOALANNYA, jika tindakan itu didahulukan, di manakah tempat Allah di hati kita?

pernah rasa puas dengan melepaskan segala tekanan di dada blogger ini? Allahurobbi, sayang sekali.. saya rasakan tindakan itu bukan melegakan malah memalukan. human sense. sifat semulajadi yang ada pada diri manusia iaitu sifat rasa malu.
tidak terfikirkah rasa malu apabila menceritakan dalam blog perihal keaiban diri sendiri? Allah..:'(
pengunjung hadir bukan ikut masa. pengunjung hadir ke dalam blog tanpa kita ketahui.

kembalilah kepada Dia, gantunglah hidup kita kepada Dia, kerana Dia Maha Esa.

2 comments:

amira faqihah said...

bgs intipati nya,,mcm mira jugak,da byk delete entry dulu2 yg memalukan diri kita :(

hana said...

alhamdulillah.. btul3.. sgt memalukan entry2 kita dulu..Allah..:'(