Jan 25, 2012

selimut aurat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menaip.

pergi membawa diri kadang keputusan yang benar, kadang keputusan itu salah. cuba renungkan tujuan kamu jika kamu mahu berganjak dari tempat kamu berdiri sekarang.

Ya Allah, enti muslimah sejati, dia pergi membawa sebahagian hatiku ini jua. dan alhamdulillah, dia tinggalkan bersama sekeping semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri.

sebenarnya, pesanan ringkas daripada dia(rofiqah) benar-benar mengingatkan saya tentang satu kejadian yang benar-benar buat saya tersenyum. :') Allah..

'akak dari sekolah agama?'

bibir tersenyum. kepala menggeleng.

'akak hafaz?'

bibir makin lebar tersenyum. Allah.. soalan itu benar-benar buat saya terhibur. bukan. saya bukan budak sekolah agama hatta hafizah.
cuma, hidayah buka pintu hati, mata, minda dan juga diri. Alhamdulillah..:')



tetapi sedih jugalah melihat pada mentaliti masyarakat sekarang. Allah..:'(

kita sudah maju, justeru majukan minda untuk berfikir akan kewajipan diri sendiri.
kita sudah mara selangkah, justeru marakan diri untuk berhijrah! :')


sehelai tudung labuh itu, sehelai tudung bidang itu bukan sapa-sapa yang suruh pakai, tapi Allah!

"hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka" surah An-Nur ayat 31.

subhanallah! ayat Allah, terlalu indah, tiada bandingan..:'(

cuba renung kembali wahai muslimah, 
apa tujuan sebenar kita menyarungkan jilbab itu?
adakah sekadar menutupi helaian rambut? atau sekadar menutup leher? atau, hanya sekadar mengikut rentak manusia?

astaghfirullah..:'(

islam tak kata kita perlu pakai tudung! tak perlu!

YANG PERLU ADALAH MENUTUP AURAT!

dan melalui sehelai tudung itu, maruah enti sekalian terlindung.

biarlah diri kita menjadi permata di mata dunia, jangan menjadi batu tayangan di tepi jalan.

berbalik kepada kisah saya tadi, dan berkaitan dengan mentaliti masyarakat sekarang...
Allah..:'( memang benar, stok-stok alim jeww yang pakai tudung labuh. (pada fikiran segelintir manusia)
dan ketahuilah anda salah! salah yang teramat salah!
tudung labuh itu cuma kerudung yang menutupi aurat, iaitu MARUAH muslimah!

pada mata manusia, orang yang bertudung labuh, sentiasa menutup aurat dikira HEBAK GILEWW! atau, ALIMNYEEE!
tapi di 'mata' Allah? ia cuma sehelai kain. ia cuma selimut aurat. 
bagaimana bahagian hati kita sekiranya aurat itu cukup tertutup? :'(

antara bertudung labuh atau tak,
mereka itu manusia. manusia biasa seperti kalian yang masih dalam proses berhijrah. sekiranya mereka salah, jangan pernah dilupakan akan taraf mereka tetap sama kecuali tahap keimanan mereka.


kpd yang masih dalam proses berhijrah,
sesekali bisikan manusia mulut tak berapa manis hadir dengan kutukan, justeru jangan SEKALI-KALI bersedih! bahkan teruskan perjuangan anda jika anda dalam proses berhijrah! kerana keperitan itu bakal menjadi sebuah kemanisan! insya Allah!

dengarlah muslimah sayang,
yang belum menutup aurat sepenuhnya tutuplah ia sebelum terlambat.
yang hadir di akal fikiran tentang kecetekan ilmu, carilah ilmu itu kejarlah ilmu itu.
yang sudah menutup aurat pula, renungkan kembali apa tujuan kamu menutup aurat?

ingat!

kita menutup aurat bukan kerana manusia!
bukan kerana pujian bahkan sanjungan,
tapi KERANA ALLAH!!


*Allah, 'asif, saya tulis dalam keadaan lali baru lepas makan ubat. maaf jika entri saya memeningkan anda.*

No comments: